[SEPINTAS LALU]
     
Home 

Gambar

Tazkirah

Buku Pelawat

WebMaster

Al-Quran Wa Al-Qiraat

Ringtones Collection

Pesan Ustaz

 

SAMBUNGAN... (dari home page)

Pada tahun 2000, Tahun 1 Alif telah ditukar menjadi 2 Alif selaras dengan kenaikan tahun dan peningkatan umur para pelajar.Sukatan hafazan juga telah bertambah sehingga 18 juzuk. Di antara kejayaan-kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2000 ialah penyertaan pelajar di dalam Musabaqah peringkat kebangsaan di dalam kategori 5 juzuk. Beliau ialah saudara Halim Bin Mohamad.

Menjelang peperiksaan pertengahan tahun, "Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari,tetapi taufan muncul dengan tiba-tiba." Begitulah ibarat yang dapat diungkapkan untuk menggambarkan nasib yang menimpa tahun 2 Alif. Ustaz Ku Apwa telah dinaikkan pangkat menjadi PK HEM sepenuh masa ketika itu.Sekali lagi kami ditinggalkan.Namun, Bersyukur kepada Allah kerana mmenggantikan ustaz Ku dengan seorang lagi Ustaz yang berwibawa lagi dikenali di seantero Malaysia. Beliau yang dimaksudkan adalah Al-Fadhil Haji Khairul Anuar Bin Mohamad Al-Bakri sebagai pengganti kepada pemergian Ustaz Ku Apwa.

Beliau mula memegang tahun 2 Alif pada 4 mei 2000. Pelbagai teknik dan kaedah pengajian baru dalam penghafalan Al-Quran telah digunakan oleh beliau dalam usaha menarik minat para pelajar supaya menjadikan Al-Quran sebagai teman hidup. Berkat kegigihan dan usaha beliau, Tahun 2 Alif telah melangkah ke tingkat yang lebih tinggi apabila telah menukar nama kepada Tahun 3 Alif sesuai dengan proses peningkatan tahun pengajian. Beberapa orang pelajar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringakat yang lebih tinggi apabila diterima masuk ke Institut Pengajian Tinggi tanah air. Mereka yang dimaksudkan ialah saudara Sheikhul Anuar dan saudara Amer Abu Bakar. Tahun 3 Alif sekali lagi kehilangan pelajarnya apabila 2 orang dari mereka telah memasuki peringkat Diploma di Maahad Tahfiz iaitu saudara Halim dan saudara Ridzwan.Pemergian mereka ibarat kehilangan yang tiada pengganti.

Saudara Mohd Al-Amin berjaya membuat kejutan pada saat awal apabila menghabiskan tasme` Al-Quran di usia yang muda iaitu pada tahun 3. Kejayaan ini amat membanggakan dan sekaligus berjaya menaikkan nama baik tahun 3 Alif di Maahad Tahfiz ini. Kejayaan tersebut disusuli oleh beberapa kejayaan lain oleh saudara Azizol, Amer Abu Bakar, Subhi dan saudara Fauzan. Mereka telah mengharumkan nama tahun 3 Alif dan sekaligus meletakkan tahun 3 Alif di antara yang terbaik di Maahad Tahfiz.

Bermula tahun 2002, Tahun 4 Alif bermula menggantikan Tahun 3 Alif selaras dengan kenaikan pelajar ke tahun baru. Di sini kami di suntik dengan semangat baru oleh Ustaz Khairul untuk menamatkan sekaligus mengingati Al-Quran dengan baik. Motivasi pada setiap kali selepas tasme` amat memberikan kesan yang mendalam kepada para pelajarnya. Kata-kata keramat beliau amat kami hargai dan sanjungi sehinggalah ke saat ini. Pada tahun ini juga, seorang pelajar yang merupakan salah seorang daripada yang terbaik di dalam Tahun 4 Alif telah meninggalkan kami dan mengorak langkah dengan lebih jauh di dalam bidang yang diminatinya. Beliau adalah saudara Mohd Fauzan Bin Hushim. Beliau telah menyambung pelajaran ke Universiti Malaya dalam usaha mengejar cita-cita dan impiannya. Selain daripada beberapa orang rakan yang telah meninggalkan Tahun 4 Alif, kini ustaz yang kami sayangi dan sanjungi pula akan meninggalkan kami. MAKA TINGGALLAH 4 ALIF SEBAGAI KENANGAN DALAM HIDUP KAMI…


Pemandangan Kampus di Jamiah Islamiah Madinah

Di Kampus inilah InsyaAllah beberapa orang dari kalangan kami akan menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
  Suatu Renungan Buat Semua
"Orang yang menghafal AL-Quran ini diibaratkan seperti memikul buah. Jika dia memikul sedikit demi sedikit,lama-kelamaan dia akan biasa memikulnya."

_Hj. Khairul Anuar Al-Bakri

Webmaster :
"Di sini saya mengambil kesempatan untuk mempromosikan laman web saya kepada anda" -Lotpie [webmaster 4 alif]

w3.to/kamitaken

Antara website yang menarik untuk dikunjungi!
"Setelah menjalankan kajian, saya mendapati laman web ini amat berguna untuk dijadikan ruangan bagi kita mendalami dan menambahkan lagi pengetahuan kita di dalam hukum-hukum agama Islam."-webmaster

http://disc.server.com/Indices/57505.html


Bangunan Kuliah Jamiah Islamiah Madinah
Gambar ini menunjukkan bangunan kuliah syariah yang terdapat di Jamiah Islamiah Madinah Al-Munawarrah


Bangunan kediaman pelajar
Gambar ini menunjukkan rumah kediaman bagi para pelajar yang datang dari seluruh pelusuk dunia untuk menuntut ilmu akhirat di Madinah Al-Munawwarah. Mereka ditempatkan disini.