PENGENALAN ILMU QIRAAT
     
Home 

Gambar

Tazkirah

Buku Pelawat

WebMaster

Al-Quran Wa Al-Qiraat

Ringtones Collection

Pesan Ustaz

 

PENGENALAN ILMU QIRAAT

Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat Melayu kerana ia tidak dimasyhurkan di negara kita. Sedangkan ia berkembang luas pada zaman Rasulullah S.A.W. dan selepasnya. Sebenarnya ia bukan suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, bahkan Al-Quran yang dibaca sekarang adalah Qiraat, tetapi masyarakat kita tidak mengetahuinya.

Sebagaimana Al-Quran dan Qiraat adalah suatu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga pada ilmu Tajwid. Ini bermakna Al-Quran itu adalah Qiraat dan Tajwid itu adalah Al-Quran. Maksudnya jika seseorang itu membaca Al-Quran tanpa bertajwid ia tidak dinamakan Al-Quran, juga tidak menjadi suatu ibadat, bahkan ia berdosa di sisi syara`.

Firman Allah yang bermaksud:

"Bacalah Al-Quran dengan murattal(bertajwid dan menyebut hurufnya dengan baik)."

Ini adalah suatu suruhan yang wajib daripada Allah S.W.T. dan ia menjadi kewajipan kepada semua umat Islam.



DEFINISI ILMU QIRAAT

ILMU QIRAAT: Membincangkan kalimah-kalimah Al- Quran dan keadaan kalimah tersebut seperti panjang, pendek dan sebagainya.

PENGAMBILANNYA: Dari sunnah dan ijma`

FAEDAHNYA: Memelihara daripada tersalah dan terpesong ketika menyebut kalimah-kalimah Al-Quran. Ia menjadi hujjah kepada fuqaha` ketika mencari hukum-hukum syara` sebagai panduan kepada ummah.

TUJUANNYA: Mengetahui bacaan imam-imam Qurra`.

KELEBIHANNYA: Ia adalah semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan Al-Quran.

NAMANYA: Ilmu Qiraat.

HUKUM MEMPELAJARINYA: Fardhu Kifayah.

PENGASASNYA: Para Imam Qurra`, ada pendapat yang mengatakan ABU AMRU HAFS BIN UMAR AD-DURI.

_sumber : PENGENALAN ILMU QIRAAT;Syeikh Rahim Bin Jusoh, Pensyarah UIAM, Malaysia.

Insya Allah kita akan membahaskan tentang perkara ini dengan lebih lanjut lagi di lain masa.. wassalam..



 
   
 

Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu