Pesan Ustaz
     
Home 

Gambar

Tazkirah

Buku Pelawat

WebMaster

Al-Quran Wa Al-Qiraat

Ringtones Collection

Pesan Ustaz

 

"Kualiti paling utama di Maahad Tahfiz ini ialah ramai pelajarnya yang dapat mengingati Al-Quran dengan baik. Peribadi ana lihat MTANT berada di puncak bila mana para pelajarnya dapat ingat Al-Quran. Sekiranya kita dapat ingat Al-Quran dan dapat ikut silivers dengan baik, tahun 1, 8juzuk, tahun 2, 16 juzuk tahun 3, 26 juzuk dan tahun 4 khatam 30 juzuk, dan ingat semuanya itu menandakan kita adalah berkualiti dan MTANT berkualiti. Ana sarankan antum semua berusaha dengan bersungguh-sungguh. Jika kita lihat sejarah di Maahad, Maahad telah sediakan suatu tempat yang istimewa dan tidak terdapat di tempat lain. MTANT telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang berkualiti.
Ramai di kalangan kita yang sebelum ini yang dhoif di tahun 1 tapi atas didikan akhirnya dia dapat atasi rakan-rakannya yang lain. Ana berbangga jika antum semua dapat ingat Al-Quran , boleh baca dengan baik, ingat dengan sempurna. Sungguh, itulah kebanggaan ana.
Betapa pentingnya peranan guru, kita tak dapat nafi. Saya hafal sendiri, yang sakit saya, yang penat saya, ustaz duduk sajer jer. Apa kepentingan ustaz pada saya? Tapi kita kena ingat fungsi ustaz ini ialah menegur perkara yang kita anggap remeh sahaja tapi besar kegunaannya pada kita kelak. Itulah guru yang membimbing kepada kejayaan kita kelak. So kita kena taat guru, hormat guru, di situlah timbulnya barakah.
pengalaman ana, ana hafal Quran pada tahun 1986 di MTANT dan ana tahu bagaimana susah dan senangnya menghafal Al-Quran ini. Menghafal Quran ini juga terdapat pembohongan. Apa itu pembohongan di dalam menghafal Quran? Iaitu duduk rileks bersahaja dan tidak ingat Quran. Ana nasihatkan supaya kita baca sungguh-sungguh, kalau dok ingat jugak , ubah teknik jadual kita, mungkin dok kena ker...
Modal utama kita duduk di Maahad ini ialah INGAT AL-QURAN! Kalau kita nie lulusan syariah, dan jadi imam di kampung, orang dok akan kata pada kita walaupun kita salah sebab kita bukan lulusan Al-Quran. Tetapi jika sebaliknya kita yang lulusan Al-Quran nie baca salah.. betapa ruginya kita!
Ana berpesan juga supaya antum masuk Musabaqah Al-Quran."tahaddus bi nikmatillah" Biler kita baca Al-Quran depan orang lain, kita baca dengan makhrak yang betul, tajwid yang sempurna, orang lain akan kata alangkah baiknya bacaan dia ini. Dan alangkah baiknya jika aku dapat baca seperti dia. Sekaligus ia menjadi dakwah secara sirr. Musabaqah ini mematangkan kita. Biarpun kita dok menang, tahun 1 masuk kalah, tahun 2 masuk, kalah, tahun 3 masuk, kalah, tahun 4 masuk pun kalah, tapi itu adalah suatu pengalaman yang akan mematangkan kita.
Ana mula mengenal Nahu, Sorof dan lain-lain adalah dengan ustaz-ustaz di sini. Dan ana dapat ingat Al-Quran juga di sini. Ana ada pengalaman mengajar dan juga mengajar di Maahad Tahfiz.

Ana tahu semangat kita semua nie adalah bermusim. Sebaik-baiknya antum semua letakkan seorang model bagi diri antum dan kita ikut dia. Macamana dia dapat hafal dan macamana dia dapat ingat Al-Quran. Kita duduk di Maahad nie biarlah dapat ingat Quran selalu di sini. Jangan kata, "Ana bila keluar maahad kekgi baru nak ingat Quran. Lepas habis maahad kekgi nak sambung kat Kubang Bujuk, Mazahir Ulum baru nak ingat Quran." Jangan! Biar kita habis belajar peringkat ke peringkat. Bila kita sambung kat tempat lain kita belajar ilmu lain pulok. Bermaksud setiap peringkat antum belajar, antum dapat kuasai.

Quran nie nak tahu kita sebati atau tidak dengannya adalah apabila dalam kesenangan kita dapat mengulang 5 juzuk dan apabila di dalam kesusahan kita dapat mengulang 5 juzuk juga. Dan mengulang Quran nie biarlah habis rolling dia. Jangan mengulang yang sama sahaja kerana "Likulli Khatmatin Istajaabah" maksudnya setiap khatam adalah istajab. Juga ada hadis nabi yang bermaksud " setiap kali kamu khatam Al-Quran, Malaikat akan mengucup di antara 2 keningmu..."

Cuba antum cari jalan bagaimana untuk ingat Quran. Kalau antum berusaha bersungguh-sungguh, WALLAHI antum akan ingat Al-Quran! Kita nie rajin doh mengaji, sampai serak-serak suara, demam dan sakit tapi masih dok ingat lagi Al-Quran. Maka di sinilah peranan ustaz untuk membimbing kita. Kita tanya ustaz kenapa ana masih dok ingat lagi Al-Quran? Maka ustaz nie dia akan nampak di mana kelemahan muridnya.

Maudu` ingat Quran nie adalah suatu nikmat! Nikmat yang ada pada orang rajin sahaja. Ana berpesan "INGATLAH AL-QURAN" Masa nie masih belum terlewat lagi (28 april 2002). Ana pesan sokmo ke 4 Alif supaya rajin mengaji dan masa masih belum terlambat lagi. Ingat Al-Quran dan nescaya ilmu lain akan datang menyusul sendiri. Insya Allah.

Harapan akhir ana ialah supaya antum dapat "INGAT AL-QURAN!" Wassalam..."

Ucapan wida` Hj. Khairul Anuar Bin Mohammad Al-Bakri
Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu.



Use this template for any additional information you need such as products, pictures, fan clubs, links or just more information. Custom pages can be used for any kind of content and are a great way to add information to your site.

YOUR WEB STUFF!
Custom pages can be used for any kind of content and are a great way to add information to your site.
YOUR WEB STUFF!
Custom pages can be used for any kind of content and are a great way to add information to your site.
YOUR WEB STUFF!
Custom pages can be used for any kind of content and are a great way to add information to your site.